Saturday, December 26, 2009

berpuasa sunat pada hari asyura

PENDAHULUAN
Allah S.W.T dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah (al-Rahmah) lagi Maha Penyayang (al-Rahman) telah menetapkan sesesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain agar Dia dapat memberi ganjaran yang lebih kepada hamba-hamba-Nya pada kadar-kadar masa yang tertentu itu. Di antara bulan yang dianggap istimewa itu adalah bulan Muharram yang merupakan bulan yang pertama dalam kalendar hijrah dan ia juga merupakan salah satu dari empat bulan-bulan haram yang penuh berkat.
Firman-Nya dalam Surah At-Taubah, Ayat 36:“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”
Menerusi firman-Nya “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)” ia menunjukkan bahawa pada bulan-bulan haram yang mana Muharram adalah salah satu darinya kita dilarang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang terlarang kerana dosa melakukan kemungkaran pada bulan-bulan ini adalah lebih buruk balasannya daripada Allah S.W.T. berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Namun begitu bagi mereka yang melakukan amal-amal yang soleh ganjaran pahalanya juga adalah lebih tinggi berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:
“Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662
Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah bulan pertama di dalam Kalendar Hijriah. Seperti yang kita sedia kita maklum, di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk berpuasa iaitu puasa hari ‘Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga memberi galakan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram.
KELEBIHAN
Daripada Abu Hurairah Radiyallahu’anh berkata : bahawa Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam bersabda : “Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada malam hari”. Di dalam riwayat yang lain “Solat di sepertiga malam”
[Riwayat Muslim no.2812 dan 2813]

GALAKAN BERPUASA ‘ASYURA’
Daripada Abu Qatadah Radiyallahu’anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari ‘Asyura. Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Didalam riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya”.
[Riwayat Muslim no. 2803 dan 2804]
Hadith diatas jelas merupakan anjuran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah Muharram. Ini dijelaskan pada akan terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil. Majoriti ulama menyatakan bahawa dosa-dosa besar tidak dapat dihapuskan dosanya melainkan dengan bertaubat kepada Allah Ta’ala dan menegakkan hukum hudud terlebih dahulu bagi pesalah yang thabit didalam undang-undang Islam.

HIKMAH PUASA ‘ASYURA’
Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Hari apa yang kamu berpuasa ini?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Kita seharusnya lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.
[HR. al-Bukhari no.2004 dan Muslim no. 2714]
Hadith tersebut di atas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Musa kerana merasakan umatnya lebih berhak untuk meluahkan rasa kesyukuran seperti yang berlaku kepada Nabi Musa yang selamat dari ancaman Fir’aun.
Antara hikmahnya ialah membezakan umat Nabi Muhammad dari orang Yahudi. Ini kerana ada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa orang Yahudi menjadikan hari 10 Muharram ini sebagai satu perayaan, tetapi umat Islam menjadikan hari ini untuk berpuasa. Ini merupakan perbezaan yang sering baginda lakukan dan kita akan lihat beberapa perbezaan yang Nabi anjurkan kepada umatnya.

DISUNATKAN PUASA PADA 9 MUHARRAM
Daripada Ibn Abbas Radiyallahu’anhuma bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa, para sahabat bertanya : “Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (’Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan”.
Ibn Abas berkata “Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”
(HR. Muslim no. 2722)
Di dalam riwayat yang lain, Nabi Sallallahu’alalihiwasallam bersabda:
“jika ada kesempatan ke tahun akan datang, aku akan berpuasa pada hari kesembilan”.
(HR. Muslim no.2723)
Ini menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian. Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad Sallallahua’alaihiwasallam ingin melakukan perbezaan daripada amalan ahli kitab. Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas :
“Berpuasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh, dan bezakanlah (dari meniru) Yahudi”
[HR. Al-Baihaqi no.8665]
Ini disokong dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir.

KESIMPULAN
Setelah dinyatakan sunat berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh, sebahagian ulama membahagikan martabat puasa di dalam bulan ini. Antaranya Syeikh Abdullah Soleh AlFauzan mengatakan puasa di dalam Muharram terdapat beberapa peringkat iaitu :
Pertama : Berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram. Ini berpandukan dari nukilan Imam Ahmad [AlMughni 4/441, Iqtidaus Siratul Mustaqim 1/419]
Kedua : Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini seperti yang dijelaskan di dalam artikel ini.
Ketiga : Berpuasa 9 dan 10 atau 11 Muharram. Ini berpandukan dari satu athar yang dhoif dari Ibn Abbas.
Keempat : Hanya melaksanakan puasa 10 Muharram. Ini menjadi perselisihan para ulama akan makruhnya dengan hanya berpuasa pada hari 10 Muharram. Dan yang paling jelas, ia makruh kepada sesiapa yang mampu untuk mengumpulkan hari ke 9 dan 10 dan tidak hanya berpuasa pada hari ke 10 sahaja.
Wallahua’lam

Thursday, December 24, 2009

Hari Keluarga Haji Zakaria - C. Highland

Bagi merapatkan hubungan kekeluargaan di kalangan keluarga Haji Zakaria
Satu percutian telah di adakan
di Cameron Highland pada 18 & 19 Disember 2009.











Bercuti

Gambar ini dirakamkan ketika bersama adik serta anak saudara
dan sahabat isteri
di Time Square Cosmo's World Theme Park 171209

Sekitar KLCC dan kolam renang kondo Taman Melati


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN HIJRAH 1431

Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi Ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), Maka sungguh Telah tetap pahalanya di sisi Allah. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. SURAH ANNISA' AYAT 100

Friday, December 11, 2009

mutiara

Orang yang bercita-cita dan berazam besar,
selalu bertemu halangandan rintangan yang besar.
Kebesaran halangan dan rintangan ituadalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita. - HAMKA

harijadi pertama puteriku


Hari ini umur aku setahun daaaaaa.......
Selamat harijadi NURUL AIN SYUHADA

Monday, December 7, 2009

berkhatan

maaf le sape2 yang ikut blog saya kerana dah sebulan dah tak kemaskini blog.
sibuk sikit akhir persekolahan dan siapkan kerja kursus.
Ini pula sibuk tengok buku sikit nak periksa.

Hari ni bawa anak berkhatan di klinik.
setelah balik kampung dia lihat 2 sepupunya berkhatan,
jadi dia minta nak khatan juga.
Aku pun tunai jg permintaan dia.

Nak letak gambar masa atas katil belum berkhatan tp h.set buat hal pula.

Sunday, November 8, 2009

Naungan Arasy Allah

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.
1.Pemimpin yand adil;
2.pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;
3. seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
4. 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
5. lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
6. seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan
7. seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
Riwayat Muslim

Thursday, November 5, 2009

haji

KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
YANG MENJADI TETAMU ALLAH
PADA KALI MENDAPAT HAJI YANG MABRUR.

Bilakah kita yang belum lagi menjadi tetamuNya

akan mendapat peluang ini.

InsyaAllah dengan niat yang ikhlas dan izinNya kita juga akan menjejakkan kaki di bumi Mekah


Saturday, October 31, 2009

Student

pelajar dewasa
minggu yang sibuk untuk menyiapkan tugasan yang akan dihantar 07.11.09
bertungkus lumus le jawabnya.

bestari solat

kem bestari solat tahun 1 & 2
29 oktober 2009
Tiga minggu terakhir persekolahan tahun ini boleh di katakan sibuk sedikit.
29.10.09
kem bestari solat tahun 1 & 2
01 hingga 05.11.2009
peperiksaan akhir tahun.
aku juga terpaksa menyiapkan tugasan yang akan di hantar pada 07.11.2009
05 hingga 07.11.2009
Perkhemahan tahunan di Taman Pertanian sekayu
07.11.2009
Kelas OUM
07 hingga 09.11.2009
Kursus setiausaha LADAP
di Seri Malaysia Kuantan
minggu 09 hingga 12.11.2009
pemeriksaan kertas jawapan dan kem satu malaysia dan bulan bahasa
15.11.09
Aktiviti pendidikan islam
16.11.09
Lawatan ke Kota Bharu
( aku mungkin tak p dan kena jaga murid yang tinggal di sekolah )
17.11.09
Raptai Hari Kecemerlangan
18.11.09
Hari Kecemerlangan Sekolah 2009
19.11.09
Hari terakhir persekolahan dan perpisahan 2009
SELAMAT BERCUTI
&
SELAMAT HARI RAYA IDIL ADHA

hadis

suria petang sempadan Kedah / Perak ( Baling )
Perkara yang HALAL itu jelas
dan
yang HARAM juga jelas
antara kedua-duanya
ada perkara kesamaran
dan sesiapa yang m eninggalkan perkara yang kesamaran
daripada sesuatu dosa nescaya ia berada pada jalan yang terang benderang.

Monday, October 26, 2009

KLIA TO QATAR

Ketika menghantar adik pulang ke Qatar
Ini sebahagian dari keluarga kami yang sama2 berada di KLIA




Friday, October 23, 2009

rumah terbuka

Jumaat 16 okt 2009
aku buat le sikit jamuan sebab kawan2 nak mai rumah, beraya.
aku buat le sedikit juadah untuk santapan kengkawan

ko-akademik

Hari Rabu 20.10.2009
aku di amanahkan oleh pengurusan sekolah
mengiringi 3 muridku ke karnival ko-akademik daerah setiu di SK Saujana.
Bagi acara penulisan khat muridku Khairunnisa hanya mendapat tempat kelima.

Monday, October 19, 2009

zalimnya manusia

Renungan buat manusia yang berakal
Beginilah nasib bayi yang tidak berdosa
hasil dari ibu yang melakukan dosa
Dimanakah bapanya
atau
sudah berapa ramaikah lelaki
bersekedudukan dengan si ibu pada bayi ini
Inilah hasilnya
kerana tiada suatu peraturan yang dapat melarang
atau menegah dari perbuatan ini
INGATLAH SESUNGGUH AL-QURAN ADA MELARANG PERBUATAN TERKUTUK ITU
( Jangan kamu hampiri perbuatan zina.......... )
TAPI IANYA DIPINGGIRKAN

Thursday, October 15, 2009

mutiara

berlabuhnya suria dari muara sungai terengganu
Sesiapa yang mempertahankan kehormatan saudaranya
di waktu dia tiada di hadapannya
maka Allah akan mempertahankan kehormatannya di hari Kiamat
( AlHadis )

Friday, October 9, 2009

permatang pasir

Kain yang dipakai pada kepala puteriku
adalah kain penutup mulut bagi menghindarai gejala H1N1.
Tapi aku ikat dikepalanya sebagai sokongan kepada pengundi2 Permatang Pasir.

Saturday, October 3, 2009

GANJARAN BESAR PUASA 6

Suria petang R n R Genting Sempah
" Sesiapa berpuasa pada Ramadhan,
kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal,
maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh" ( Riwayat Muslim )

Wednesday, September 30, 2009

Selamat Hari Raya

( Tidak ketinggalan jika kami mengucapkan )
Selamat Hari Raya
kepada kaum keluarga, sahabat handai, pengikut blog ini
dan
seluruh kaum muslimin dan muslimat
semoga roh ramadhan masih lagi menebal dalam diri kita
sehingga bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
INSYAALLAH



adik beradikku
















Alhamdulillah





Aku dikurniakan oleh Allah satu keluarga yang bahagia.





Kami saling berkumpul ketika ada waktu yang diluangkan oleh Allah.





Apabila kami berkumpul adallah aktiviti yang dibuat.





Cuba lihat aktiviti yang dilakukan ketika aidilfitri 09 .




















Monday, September 28, 2009

aidilfitri 09

Pagi hari raya 09 selepas solat sunat aidilfitri
Koleksi gambar anak-anak pada hari raya pertama.
Alhamdulillah dapat beraya dengan kereta baru


aidilfitri 09

ahli keluarga semasa menziarahi pusara bonda pada hariraya ke3



IDOLAKU

AL ULAMA' WARASATUL
AM BIA

Ya Allah Berikanlah Ke Ikhlasan Kepada Kami
Dalam Mentaati Perintah Mu...

Friday, August 21, 2009

ramadhan

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
Kedatanganmu amat di nanti
Sesungguhnya beruntunglah
mereka yang mendapat keampunan Allah
dengan kedatanganmu
dan............
betapa ruginya mereka yang
tidak mengambil kesempatan dengan kedatanganmu.
InsyaAllah kita berada di kalangan orang yang beruntung..................

Friday, August 14, 2009

redang

pulau redang terengganu

Friday, August 7, 2009

Keletah puteri bongsuku

Kalau depan kamera bergaya habihhhh

Anak zaman IT


Sunday, August 2, 2009

renungan


Bacalah al-quran dan jangan jadikan rumah kamu seperti kubur, tidak dimasuki syaitan rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqorah

Saturday, August 1, 2009

anak2 ( 6-7 bulan )

anak-anak adalah amanah Allah yang menjadi penyeri hidupku dan isteri.
semoga ianya menjadi anak2 yang soleh dan solehah.
mohamad fakhrulrozi
mohamad luqman hakim

muhammad shahril aiman


nurul ain syuhada




Wednesday, July 29, 2009

raya 08

Dipusara ibunda

penyeri rumahtangga

keluarga bahagia. InsyaAllah

raya 07

anak-anakku


Dipusara ibu

Friday, July 3, 2009

lawatan ke Bandaraya KT

Hadapan Muzium Negeri, Losong.
Dalam Kawasan LTASM, Melihat Kapal terbang berlepas

Selepas melawat dalam kapal terbang, bahagian tangga belakang


Staf bersama pramugari & pramugara



Bahagian tangga belakang





Tuesday, June 16, 2009

anakku

selesanya tidur