Saturday, December 26, 2009

berpuasa sunat pada hari asyura

PENDAHULUAN
Allah S.W.T dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah (al-Rahmah) lagi Maha Penyayang (al-Rahman) telah menetapkan sesesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain agar Dia dapat memberi ganjaran yang lebih kepada hamba-hamba-Nya pada kadar-kadar masa yang tertentu itu. Di antara bulan yang dianggap istimewa itu adalah bulan Muharram yang merupakan bulan yang pertama dalam kalendar hijrah dan ia juga merupakan salah satu dari empat bulan-bulan haram yang penuh berkat.
Firman-Nya dalam Surah At-Taubah, Ayat 36:“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”
Menerusi firman-Nya “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)” ia menunjukkan bahawa pada bulan-bulan haram yang mana Muharram adalah salah satu darinya kita dilarang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang terlarang kerana dosa melakukan kemungkaran pada bulan-bulan ini adalah lebih buruk balasannya daripada Allah S.W.T. berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Namun begitu bagi mereka yang melakukan amal-amal yang soleh ganjaran pahalanya juga adalah lebih tinggi berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:
“Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662
Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah bulan pertama di dalam Kalendar Hijriah. Seperti yang kita sedia kita maklum, di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk berpuasa iaitu puasa hari ‘Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga memberi galakan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram.
KELEBIHAN
Daripada Abu Hurairah Radiyallahu’anh berkata : bahawa Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam bersabda : “Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada malam hari”. Di dalam riwayat yang lain “Solat di sepertiga malam”
[Riwayat Muslim no.2812 dan 2813]

GALAKAN BERPUASA ‘ASYURA’
Daripada Abu Qatadah Radiyallahu’anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari ‘Asyura. Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Didalam riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya”.
[Riwayat Muslim no. 2803 dan 2804]
Hadith diatas jelas merupakan anjuran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah Muharram. Ini dijelaskan pada akan terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil. Majoriti ulama menyatakan bahawa dosa-dosa besar tidak dapat dihapuskan dosanya melainkan dengan bertaubat kepada Allah Ta’ala dan menegakkan hukum hudud terlebih dahulu bagi pesalah yang thabit didalam undang-undang Islam.

HIKMAH PUASA ‘ASYURA’
Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Hari apa yang kamu berpuasa ini?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Kita seharusnya lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.
[HR. al-Bukhari no.2004 dan Muslim no. 2714]
Hadith tersebut di atas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Musa kerana merasakan umatnya lebih berhak untuk meluahkan rasa kesyukuran seperti yang berlaku kepada Nabi Musa yang selamat dari ancaman Fir’aun.
Antara hikmahnya ialah membezakan umat Nabi Muhammad dari orang Yahudi. Ini kerana ada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa orang Yahudi menjadikan hari 10 Muharram ini sebagai satu perayaan, tetapi umat Islam menjadikan hari ini untuk berpuasa. Ini merupakan perbezaan yang sering baginda lakukan dan kita akan lihat beberapa perbezaan yang Nabi anjurkan kepada umatnya.

DISUNATKAN PUASA PADA 9 MUHARRAM
Daripada Ibn Abbas Radiyallahu’anhuma bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa, para sahabat bertanya : “Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (’Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan”.
Ibn Abas berkata “Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”
(HR. Muslim no. 2722)
Di dalam riwayat yang lain, Nabi Sallallahu’alalihiwasallam bersabda:
“jika ada kesempatan ke tahun akan datang, aku akan berpuasa pada hari kesembilan”.
(HR. Muslim no.2723)
Ini menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian. Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad Sallallahua’alaihiwasallam ingin melakukan perbezaan daripada amalan ahli kitab. Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas :
“Berpuasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh, dan bezakanlah (dari meniru) Yahudi”
[HR. Al-Baihaqi no.8665]
Ini disokong dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir.

KESIMPULAN
Setelah dinyatakan sunat berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh, sebahagian ulama membahagikan martabat puasa di dalam bulan ini. Antaranya Syeikh Abdullah Soleh AlFauzan mengatakan puasa di dalam Muharram terdapat beberapa peringkat iaitu :
Pertama : Berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram. Ini berpandukan dari nukilan Imam Ahmad [AlMughni 4/441, Iqtidaus Siratul Mustaqim 1/419]
Kedua : Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini seperti yang dijelaskan di dalam artikel ini.
Ketiga : Berpuasa 9 dan 10 atau 11 Muharram. Ini berpandukan dari satu athar yang dhoif dari Ibn Abbas.
Keempat : Hanya melaksanakan puasa 10 Muharram. Ini menjadi perselisihan para ulama akan makruhnya dengan hanya berpuasa pada hari 10 Muharram. Dan yang paling jelas, ia makruh kepada sesiapa yang mampu untuk mengumpulkan hari ke 9 dan 10 dan tidak hanya berpuasa pada hari ke 10 sahaja.
Wallahua’lam

Thursday, December 24, 2009

Hari Keluarga Haji Zakaria - C. Highland

Bagi merapatkan hubungan kekeluargaan di kalangan keluarga Haji Zakaria
Satu percutian telah di adakan
di Cameron Highland pada 18 & 19 Disember 2009.











Bercuti

Gambar ini dirakamkan ketika bersama adik serta anak saudara
dan sahabat isteri
di Time Square Cosmo's World Theme Park 171209

Sekitar KLCC dan kolam renang kondo Taman Melati


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN HIJRAH 1431

Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi Ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), Maka sungguh Telah tetap pahalanya di sisi Allah. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. SURAH ANNISA' AYAT 100

Friday, December 11, 2009

mutiara

Orang yang bercita-cita dan berazam besar,
selalu bertemu halangandan rintangan yang besar.
Kebesaran halangan dan rintangan ituadalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita. - HAMKA

harijadi pertama puteriku


Hari ini umur aku setahun daaaaaa.......
Selamat harijadi NURUL AIN SYUHADA

Monday, December 7, 2009

berkhatan

maaf le sape2 yang ikut blog saya kerana dah sebulan dah tak kemaskini blog.
sibuk sikit akhir persekolahan dan siapkan kerja kursus.
Ini pula sibuk tengok buku sikit nak periksa.

Hari ni bawa anak berkhatan di klinik.
setelah balik kampung dia lihat 2 sepupunya berkhatan,
jadi dia minta nak khatan juga.
Aku pun tunai jg permintaan dia.

Nak letak gambar masa atas katil belum berkhatan tp h.set buat hal pula.