Sunday, May 31, 2009
2 pagi
Setelah puas tidur sedari petang,
apa lagi bila abah ngan umi nak tidur
dia pun bangu n ajak kami berdua layan dia
Thursday, May 28, 2009
Wednesday, May 27, 2009
Sunday, May 24, 2009
renungan
Masjid Kudus Minar, Central Jawa, Indonesia
hadis 4
Hendaklah dikalangan kamu mempunyai lidah yangterus berzikir, hati yang bersyukur & isteri yang solehah yang dapat memberi pertolongan dalam urusan akhirat ( Attirmizi )
hadis 5
Berusahalah diawal pagi mencari dan keperluanmu, sesungguhnya pada pagi hari terdapat berkat dan keuntungan ( At-Tabrani )
hadis 6
Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama para Nabi, Siddiqin & para Syuhada pada hari Qiamat ( Attirmizi )
Friday, May 22, 2009
Thursday, May 21, 2009
kenangan 1
ketika majlis berkhatan di PASTI Annur Hiliran Masjid
Dua dari kiri : Mohamad Fakhrulrozi 9 tahun
Tiga dari kiri : Mohamad Luqman Hakim 6 tahun
renungan
Brunei Darussalam
REBUTLAH LIMA PERKARA
SEBELUM DATANGNYA LIMA PERKARA
1. Masa Mudamu Sebelum Datang Masa Tuamu
2. Masa Sihatmu Sebelum Datang Masa Sakitmu
3. Masa Kayamu Sebelum Datang Masa Miskinmu
4. Masa Lapangmu Sebelum Datang Masa Sibukmu
5. Masa Hidupmu Sebelum Datang Masa Matimu
Wednesday, May 20, 2009
Tuesday, May 19, 2009
renungan
masjid Muhammad Ali Kaherah, Mesir
renungan 1
Bacalah Al-Quran, buatlah kajian ilmu,dengar majlis ilmu atau berzikirlah dan jangan habiskan masa kamu dengan perkara yang tidak berfaedah ( Assyahid Hassan Al-Banna )
renungan 2
Hadis yang menyatakan : sebesar-besar dosa umatku ialah dosa orang yang menghafal Al-Quran kemudian lupa, adalah daif dan menakutkan orang menghafal Al-Quran ( Yusuf Qardawi )
kursus ldp
Hari ini sekolah mengadakan kursus ldp bagi memenuhi tuntutan kursus peringkat dalaman di sekolah masing2. aku dan sahabat yang lain terpaksa balik jam 5 petang hari ini. Hari ni kursus P & P bahasa melayu yang dikendalikan oleh PK Hem.
Monday, May 18, 2009
hari guru 09
menyanyikan lagu guru malaysia dan lagu tema hari guru
Berjalan masuk ke dewan untuk sambutan hari guru 09
Duduk dari kiri :
En. Abdul Manaf, En. Anua (PK HEM), En Sulaiman (GB), Pn. Che Rahani (PK1), Pn. Poziah (PKKo) dan Pn Zurina.
Berdiri dari kiri:
En Raimi Syazwan, En Isyar Rasyidi, En Mohd Noor, YM Raja Khairuddin, En Abu Bakar, Pn Yusmin,Pn Azita dan Pn Rozaini.
Saturday, May 16, 2009
KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA
TAJ MAHAL INDIA
Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, takhta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikan"
Friday, May 15, 2009
renungan
HADIS 1
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jiran tetangganya. ( HADIS MUSLIM )
HADIS 2
Sesiapa yang mahu dilapangkan rezekinya & dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim ( HADIS MUSLIM )
HADIS 3
Sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.( HADIS MUSLIM )
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jiran tetangganya. ( HADIS MUSLIM )
HADIS 2
Sesiapa yang mahu dilapangkan rezekinya & dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim ( HADIS MUSLIM )
HADIS 3
Sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.( HADIS MUSLIM )
kota bharu
Hari ini aku dan isteri serta anakku (m.luqman hakim) terpaksa bergegas ke K.Bharu atas urusan keluarga. Bertolak ke KB jam 11 pagi dan pulang sampai jam 9.45 malam.
Esok ke OUM Cendering untuk mengambil modul bagi pengajian semester mei 09. semester ini bermula 23.05.09
Esok ke OUM Cendering untuk mengambil modul bagi pengajian semester mei 09. semester ini bermula 23.05.09
Wednesday, May 13, 2009
wahyu allah
87. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang Telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Al-Maaidah 87
hadis
Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan, dan bersedialah untuk pembentangan amalan di Akhirat, sesungguhnya ringan hisab di akhirat terhadap orang yang membuat hisab (terlebih dahulu) di dunia. riwayat Atturmuzi.
Tuesday, May 12, 2009
Tuesday, May 5, 2009
Monday, May 4, 2009
masih dalam belajar
maaf le kalau blog aku ni banyak kekurangan. aku masih lagi belajar dengan kawanku ( raimi & rozaini). masa aku jg terhad nak buat benda2 macam ni. mujur le la ni aku belum lagi mula kuliah semester mei. lepas ni tak tau le sempat ke xnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)