Sunday, May 31, 2009

sirih junjung


Inilah hasilnya............


keperluan sirih junjung yang akan di gubah oleh isteri...
Untuk hantaran pada hari ini

konvoi


Konvoi muhibbah pengkalan hulu perak
yang disertai juga adik saya

akad nikah

2 sepupu ni terlena sementara menanti majlis akad nikah

Sebilangan sedara yang hadir.....
kiri sekali ibu pengantin perempuan


2 pagi

300509
Setelah puas tidur sedari petang,
apa lagi bila abah ngan umi nak tidur
dia pun bangu n ajak kami berdua layan dia

Thursday, May 28, 2009

qatar

farah 'aisya (anak saudara)





baru terima gambar ayah & mak di Qatar serta anak saudara yang baru dilahirkan




Wednesday, May 27, 2009

ingat mati

Kehijauan ladang teh Cameron Hinghlands



Orang yang bijak tidak semestinya mempunyai sijil yang tinggi
tetapi
ianya adalah orang yang sentiasa mengingati mati.

Sunday, May 24, 2009

renungan

Masjid Kudus Minar, Central Jawa, Indonesia



hadis 4

Hendaklah dikalangan kamu mempunyai lidah yangterus berzikir, hati yang bersyukur & isteri yang solehah yang dapat memberi pertolongan dalam urusan akhirat ( Attirmizi )



hadis 5


Berusahalah diawal pagi mencari dan keperluanmu, sesungguhnya pada pagi hari terdapat berkat dan keuntungan ( At-Tabrani )



hadis 6

Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama para Nabi, Siddiqin & para Syuhada pada hari Qiamat ( Attirmizi )

Friday, May 22, 2009

anakku

Terlena keletihan
Selepas 2 hari peperiksaan berjalan,
setelah pulang dari sekolah terus lena keletihan.
Aksi depan kamera semasa meniarap


umrah

Ketika menunaikan umrah pada tahun 2003
bersama arwah ibu, ayah , abang sekeluarga (Jamal) serta adik .
Hanya untuk kenangan sahaja serta memenuhkan blog shj.
Di hadapan Masjidilharam
Hidayah, ana, arwah ibu dan hajar


Thursday, May 21, 2009

kenangan 1

Inilah gambar dua orang anakku
ketika majlis berkhatan di PASTI Annur Hiliran Masjid
Dua dari kiri : Mohamad Fakhrulrozi 9 tahun
Tiga dari kiri : Mohamad Luqman Hakim 6 tahun

renungan

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Brunei Darussalam

REBUTLAH LIMA PERKARA

SEBELUM DATANGNYA LIMA PERKARA

1. Masa Mudamu Sebelum Datang Masa Tuamu

2. Masa Sihatmu Sebelum Datang Masa Sakitmu

3. Masa Kayamu Sebelum Datang Masa Miskinmu

4. Masa Lapangmu Sebelum Datang Masa Sibukmu

5. Masa Hidupmu Sebelum Datang Masa Matimu

Wednesday, May 20, 2009

Keletah puteri bongsuku

Beraksi depan kamera. Yang sorang ni tak boleh tengok
abahnya pegang kamera pasti ia akan melihat kamera.

Tengok le mata pasti memandang kamera sambil
menghisap jari untuk melayan tidur.

Kalau dah tidur pasti tak sedar.
Dia tarik lampinnya menutup kepala.
Takut diganggu kot ...........


Gambar yang ni plak main dengan bantal.



Tu dia dah tutup pun kepalanya..........





Tuesday, May 19, 2009

renungan

masjid Muhammad Ali Kaherah, Mesir


renungan 1

Bacalah Al-Quran, buatlah kajian ilmu,dengar majlis ilmu atau berzikirlah dan jangan habiskan masa kamu dengan perkara yang tidak berfaedah ( Assyahid Hassan Al-Banna )



renungan 2

Hadis yang menyatakan : sebesar-besar dosa umatku ialah dosa orang yang menghafal Al-Quran kemudian lupa, adalah daif dan menakutkan orang menghafal Al-Quran ( Yusuf Qardawi )

kursus ldp

Hari ini sekolah mengadakan kursus ldp bagi memenuhi tuntutan kursus peringkat dalaman di sekolah masing2. aku dan sahabat yang lain terpaksa balik jam 5 petang hari ini. Hari ni kursus P & P bahasa melayu yang dikendalikan oleh PK Hem.

Monday, May 18, 2009

hari guru 09

antara guru lelaki yang menabur bakti di SKBM

menyanyikan lagu guru malaysia dan lagu tema hari guru

Berjalan masuk ke dewan untuk sambutan hari guru 09


Guru-guru SK Bukit Mundok Setiu
Duduk dari kiri :
En. Abdul Manaf, En. Anua (PK HEM), En Sulaiman (GB), Pn. Che Rahani (PK1), Pn. Poziah (PKKo) dan Pn Zurina.
Berdiri dari kiri:
En Raimi Syazwan, En Isyar Rasyidi, En Mohd Noor, YM Raja Khairuddin, En Abu Bakar, Pn Yusmin,Pn Azita dan Pn Rozaini.




Saturday, May 16, 2009

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA

TAJ MAHAL INDIA


Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!


Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....

setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....

Harta, takhta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikan"

Friday, May 15, 2009

selamat hari guru

Esok hari guru, jadi aku dan isteri mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik seluruh tanahair.

renungan

HADIS 1
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jiran tetangganya. ( HADIS MUSLIM )

HADIS 2
Sesiapa yang mahu dilapangkan rezekinya & dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim ( HADIS MUSLIM )

HADIS 3
Sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.( HADIS MUSLIM )

kota bharu

Hari ini aku dan isteri serta anakku (m.luqman hakim) terpaksa bergegas ke K.Bharu atas urusan keluarga. Bertolak ke KB jam 11 pagi dan pulang sampai jam 9.45 malam.

Esok ke OUM Cendering untuk mengambil modul bagi pengajian semester mei 09. semester ini bermula 23.05.09

Wednesday, May 13, 2009

wahyu allah

87. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang Telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Al-Maaidah 87

hadis

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan, dan bersedialah untuk pembentangan amalan di Akhirat, sesungguhnya ringan hisab di akhirat terhadap orang yang membuat hisab (terlebih dahulu) di dunia. riwayat Atturmuzi.

Tuesday, May 12, 2009

cameron highlands 09

ladang teh boh sungai palas brinchang
ladang teh bharat tanah rata

seronok juga datang cameron highlands ni.. nanti nak ajak abah & umi datang lagi. dengar khabar kawan2 abah nak datang lagi.............



cameron highlands 09

ladang teh bharat





dalam bilik hotel




cameron highlands 09

Anak2 di ladang teh bharat tanah rata cameron highlands
Berehat serta makan di R & R Gua Musang ketika lawatan muhibbah ke cameron Hinghlands pada 8 mei 09

selamat hari guru

selamat hari guru buat semua pendidik seluruh tanahair........................

Tuesday, May 5, 2009

4 bulan




Nurul Ain Syuhada ketika berusia 4 bulan

Monday, May 4, 2009

masih dalam belajar

maaf le kalau blog aku ni banyak kekurangan. aku masih lagi belajar dengan kawanku ( raimi & rozaini). masa aku jg terhad nak buat benda2 macam ni. mujur le la ni aku belum lagi mula kuliah semester mei. lepas ni tak tau le sempat ke xnya.

puteriku

puteriku


satu-satunya puteriku anugerah Ilahi yang lahirkan pada 11.12.2008

keajaiban

Mutiara Kata


dunia ini jambatan ke akhirat..................