Showing posts with label mutiara. Show all posts
Showing posts with label mutiara. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

MEMUJI DIRI

Rasulullah s.a.w. Bersabda:
"Barangsiapa yang memuji dirinya kerana mengerjakan amal soleh, maka sesatlah tempat bersyukurnya dan akan terhapus amalannya." Riwayat Abu Naim.

Monday, August 9, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

MARHABAN YA RAMADHAN

Tidak terasa kita telah sampai pada bulan yang penuh Magfiroh dan Keutamaan ini….

Tidak ada kata lain selain Alhamdulillah wa Syukurillah.

Semoga Ramadhan kali ini benar -benar menjadi titik tolak kita, untuk menjadi insan yang lebih baik.

Semoga kita bisa melaksanakan Ibadah Shaum Ramadhan ini dengan sempurna sampai akhir

dan

Amal Ibadah kita diterima Allah SWT. Amiin

Marhaban Ya Ramadhan…..

Thursday, July 29, 2010

renungan

MAKSUD HADIS :
" Allah memuliakan orang melalui Kitab al-Quran ini dan Dia juga merendahkan ramai orang kerananya ( tidak mengamalkan ) " HR Muslim

Tuesday, July 13, 2010

ramadhan

sudahkah kita bersedia menyambut kedatangan Ramadhan yang tidak berapa lama lagi . Ada sebahagian dari kalangan kita yang telah membuat persediaan raya yang mana ramadhan belum lagi menjelma. Jadikan ramadhan yang akan datang lebih baik dr ramadhan yang lepas. InsyaAllah sama2 kita menghidupkan ramadhan nanti

Saturday, December 26, 2009

berpuasa sunat pada hari asyura

PENDAHULUAN
Allah S.W.T dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah (al-Rahmah) lagi Maha Penyayang (al-Rahman) telah menetapkan sesesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain agar Dia dapat memberi ganjaran yang lebih kepada hamba-hamba-Nya pada kadar-kadar masa yang tertentu itu. Di antara bulan yang dianggap istimewa itu adalah bulan Muharram yang merupakan bulan yang pertama dalam kalendar hijrah dan ia juga merupakan salah satu dari empat bulan-bulan haram yang penuh berkat.
Firman-Nya dalam Surah At-Taubah, Ayat 36:“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”
Menerusi firman-Nya “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)” ia menunjukkan bahawa pada bulan-bulan haram yang mana Muharram adalah salah satu darinya kita dilarang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang terlarang kerana dosa melakukan kemungkaran pada bulan-bulan ini adalah lebih buruk balasannya daripada Allah S.W.T. berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Namun begitu bagi mereka yang melakukan amal-amal yang soleh ganjaran pahalanya juga adalah lebih tinggi berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:
“Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662
Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah bulan pertama di dalam Kalendar Hijriah. Seperti yang kita sedia kita maklum, di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk berpuasa iaitu puasa hari ‘Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga memberi galakan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram.
KELEBIHAN
Daripada Abu Hurairah Radiyallahu’anh berkata : bahawa Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam bersabda : “Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada malam hari”. Di dalam riwayat yang lain “Solat di sepertiga malam”
[Riwayat Muslim no.2812 dan 2813]

GALAKAN BERPUASA ‘ASYURA’
Daripada Abu Qatadah Radiyallahu’anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari ‘Asyura. Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Didalam riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya”.
[Riwayat Muslim no. 2803 dan 2804]
Hadith diatas jelas merupakan anjuran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah Muharram. Ini dijelaskan pada akan terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil. Majoriti ulama menyatakan bahawa dosa-dosa besar tidak dapat dihapuskan dosanya melainkan dengan bertaubat kepada Allah Ta’ala dan menegakkan hukum hudud terlebih dahulu bagi pesalah yang thabit didalam undang-undang Islam.

HIKMAH PUASA ‘ASYURA’
Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Hari apa yang kamu berpuasa ini?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Kita seharusnya lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.
[HR. al-Bukhari no.2004 dan Muslim no. 2714]
Hadith tersebut di atas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Musa kerana merasakan umatnya lebih berhak untuk meluahkan rasa kesyukuran seperti yang berlaku kepada Nabi Musa yang selamat dari ancaman Fir’aun.
Antara hikmahnya ialah membezakan umat Nabi Muhammad dari orang Yahudi. Ini kerana ada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa orang Yahudi menjadikan hari 10 Muharram ini sebagai satu perayaan, tetapi umat Islam menjadikan hari ini untuk berpuasa. Ini merupakan perbezaan yang sering baginda lakukan dan kita akan lihat beberapa perbezaan yang Nabi anjurkan kepada umatnya.

DISUNATKAN PUASA PADA 9 MUHARRAM
Daripada Ibn Abbas Radiyallahu’anhuma bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa, para sahabat bertanya : “Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (’Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan”.
Ibn Abas berkata “Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”
(HR. Muslim no. 2722)
Di dalam riwayat yang lain, Nabi Sallallahu’alalihiwasallam bersabda:
“jika ada kesempatan ke tahun akan datang, aku akan berpuasa pada hari kesembilan”.
(HR. Muslim no.2723)
Ini menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian. Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad Sallallahua’alaihiwasallam ingin melakukan perbezaan daripada amalan ahli kitab. Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas :
“Berpuasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh, dan bezakanlah (dari meniru) Yahudi”
[HR. Al-Baihaqi no.8665]
Ini disokong dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir.

KESIMPULAN
Setelah dinyatakan sunat berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh, sebahagian ulama membahagikan martabat puasa di dalam bulan ini. Antaranya Syeikh Abdullah Soleh AlFauzan mengatakan puasa di dalam Muharram terdapat beberapa peringkat iaitu :
Pertama : Berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram. Ini berpandukan dari nukilan Imam Ahmad [AlMughni 4/441, Iqtidaus Siratul Mustaqim 1/419]
Kedua : Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini seperti yang dijelaskan di dalam artikel ini.
Ketiga : Berpuasa 9 dan 10 atau 11 Muharram. Ini berpandukan dari satu athar yang dhoif dari Ibn Abbas.
Keempat : Hanya melaksanakan puasa 10 Muharram. Ini menjadi perselisihan para ulama akan makruhnya dengan hanya berpuasa pada hari 10 Muharram. Dan yang paling jelas, ia makruh kepada sesiapa yang mampu untuk mengumpulkan hari ke 9 dan 10 dan tidak hanya berpuasa pada hari ke 10 sahaja.
Wallahua’lam

Thursday, December 24, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN HIJRAH 1431

Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi Ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), Maka sungguh Telah tetap pahalanya di sisi Allah. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. SURAH ANNISA' AYAT 100

Friday, December 11, 2009

mutiara

Orang yang bercita-cita dan berazam besar,
selalu bertemu halangandan rintangan yang besar.
Kebesaran halangan dan rintangan ituadalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita. - HAMKA

Sunday, November 8, 2009

Naungan Arasy Allah

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.
1.Pemimpin yand adil;
2.pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;
3. seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
4. 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
5. lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
6. seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan
7. seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
Riwayat Muslim

Saturday, October 31, 2009

hadis

suria petang sempadan Kedah / Perak ( Baling )
Perkara yang HALAL itu jelas
dan
yang HARAM juga jelas
antara kedua-duanya
ada perkara kesamaran
dan sesiapa yang m eninggalkan perkara yang kesamaran
daripada sesuatu dosa nescaya ia berada pada jalan yang terang benderang.

Monday, October 19, 2009

zalimnya manusia

Renungan buat manusia yang berakal
Beginilah nasib bayi yang tidak berdosa
hasil dari ibu yang melakukan dosa
Dimanakah bapanya
atau
sudah berapa ramaikah lelaki
bersekedudukan dengan si ibu pada bayi ini
Inilah hasilnya
kerana tiada suatu peraturan yang dapat melarang
atau menegah dari perbuatan ini
INGATLAH SESUNGGUH AL-QURAN ADA MELARANG PERBUATAN TERKUTUK ITU
( Jangan kamu hampiri perbuatan zina.......... )
TAPI IANYA DIPINGGIRKAN

Thursday, October 15, 2009

mutiara

berlabuhnya suria dari muara sungai terengganu
Sesiapa yang mempertahankan kehormatan saudaranya
di waktu dia tiada di hadapannya
maka Allah akan mempertahankan kehormatannya di hari Kiamat
( AlHadis )

Saturday, October 3, 2009

GANJARAN BESAR PUASA 6

Suria petang R n R Genting Sempah
" Sesiapa berpuasa pada Ramadhan,
kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal,
maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh" ( Riwayat Muslim )

Friday, August 21, 2009

ramadhan

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
Kedatanganmu amat di nanti
Sesungguhnya beruntunglah
mereka yang mendapat keampunan Allah
dengan kedatanganmu
dan............
betapa ruginya mereka yang
tidak mengambil kesempatan dengan kedatanganmu.
InsyaAllah kita berada di kalangan orang yang beruntung..................

Sunday, August 2, 2009

renungan


Bacalah al-quran dan jangan jadikan rumah kamu seperti kubur, tidak dimasuki syaitan rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqorah

Wednesday, May 27, 2009

ingat mati

Kehijauan ladang teh Cameron Hinghlands



Orang yang bijak tidak semestinya mempunyai sijil yang tinggi
tetapi
ianya adalah orang yang sentiasa mengingati mati.

Sunday, May 24, 2009

renungan

Masjid Kudus Minar, Central Jawa, Indonesia



hadis 4

Hendaklah dikalangan kamu mempunyai lidah yangterus berzikir, hati yang bersyukur & isteri yang solehah yang dapat memberi pertolongan dalam urusan akhirat ( Attirmizi )



hadis 5


Berusahalah diawal pagi mencari dan keperluanmu, sesungguhnya pada pagi hari terdapat berkat dan keuntungan ( At-Tabrani )



hadis 6

Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama para Nabi, Siddiqin & para Syuhada pada hari Qiamat ( Attirmizi )

Thursday, May 21, 2009

renungan

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Brunei Darussalam

REBUTLAH LIMA PERKARA

SEBELUM DATANGNYA LIMA PERKARA

1. Masa Mudamu Sebelum Datang Masa Tuamu

2. Masa Sihatmu Sebelum Datang Masa Sakitmu

3. Masa Kayamu Sebelum Datang Masa Miskinmu

4. Masa Lapangmu Sebelum Datang Masa Sibukmu

5. Masa Hidupmu Sebelum Datang Masa Matimu

Tuesday, May 19, 2009

renungan

masjid Muhammad Ali Kaherah, Mesir


renungan 1

Bacalah Al-Quran, buatlah kajian ilmu,dengar majlis ilmu atau berzikirlah dan jangan habiskan masa kamu dengan perkara yang tidak berfaedah ( Assyahid Hassan Al-Banna )



renungan 2

Hadis yang menyatakan : sebesar-besar dosa umatku ialah dosa orang yang menghafal Al-Quran kemudian lupa, adalah daif dan menakutkan orang menghafal Al-Quran ( Yusuf Qardawi )

Saturday, May 16, 2009

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA

TAJ MAHAL INDIA


Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!


Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....

setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....

Harta, takhta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikan"

Friday, May 15, 2009

renungan

HADIS 1
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jiran tetangganya. ( HADIS MUSLIM )

HADIS 2
Sesiapa yang mahu dilapangkan rezekinya & dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim ( HADIS MUSLIM )

HADIS 3
Sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.( HADIS MUSLIM )