Wednesday, June 3, 2009

Oh honeydew

Semasa perjalanan ke kl kami sekeluarga singgah di sebuah gerai
di Permatang Badak Kuantan.
Isteriku memesan minuman honeydew
tetapi pelayan tidak mendengar dengan baik,
jadi isteriku meminta tembikai susu.
Apabila datang apa yang di bawanya memang tembikai yang dicampur susu
bukan honeydew,
apa lagi kami sekeluarga ketawa leeeeee

1 comment:

  1. MINUMAN KESUKAAN RASULULLAH S.A.W
    Rasulullah s.a.w. sangat menyukai minum madu yang telah dicampur dengan air. Ini adalah amalan kesihatan yang kerap dilakukan baginda. Rasulullah s.a.w. juga suka meminum air dan mencicip madu sebelum menjamah apa-apa makanan pada waktu pagi.

    Antara khasiat amalan-amalan ini adalah:

    1. Menghilangkan kahak & lendir pada tekak
    2. Mencuci perut
    3. Membuang sisa-sisa makanan yang tidak dicernakan dengan sempurna ke usus besar
    4. Menghilangkan senak perut dan sedu
    5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati

    Rasulullah s.a.w. juga amat menyukai minum air yang telah disimpan semalaman di dalam bekas.

    Minuman Manis dan Sejuk

    Aisyah r.ha. meriwayatkan bahawa, ” Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah s.a.w. suka minuman manis dan sejuk.”

    Hadis bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz iaitu rendaman buah tamar.

    Di dalam suatu doa Rasulullah s.a.w. ada menyebut, ” Ya Allah, kurniakanlah aku dengan cinta-Mu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air”. Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air itu mempunyai khasiat yang lebih besar

    ReplyDelete